LONDON – Arsenal kembali mengintai kempen Liga Juara-Juara ke-20 berturut-turut selepas menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Leicester City 1-0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Gol kemenangan itu dijaringkan oleh Robert Huth yang tertampan bola masuk ke gawang sendiri sekali gus membenarkan Arsenal memperoleh tiga mata berharga.
Keputusan itu meletakkan Arsenal kini empat mata di belakang kedudukan keempat yang menjanjikan slot ke Liga Juara-Juara.
Leicester pula enam mata di atas zon penyingkiran selepas 12 bulan mereka merangkul gelaran liga. – MalaysiaGazette