Home Ekonomi Harga minyak dunia rendah sedikit

Harga minyak dunia rendah sedikit

NEW YORK – Harga minyak mentah dunia lebih rendah sedikit selepas sesi tidak menentu selepas dua telaga minyak Libya yang berhenti operasi dimulakan semula dan kebimbangan sama ada OPEC akan meneruskan pengurangan lebihan inventori dunia.

Malah, penurunan permintaan terhadap gasolin juga menjejaskan harga minyak.

Medan minyak Sharara dan El Feel di Libya menghasilkan hampir 400,000 tong sehari dibuka selepas ditutup ekoran protes menyekat saliran minyak berakhir.

Minyak Brent ditutup kepada AS$51.68 setong dan minyak Amerika Syarikat AS$49.25 setong.

“Kedudukan gasolin telah mengekang harga minyak mentah terus melonjak,” kata James William, Presiden Perunding Tenaga, WTRG Economics di London.

Menurut beliau, harga gasolin merosot hampir dua peratus kepada AS$1.559 segelen.

Anthony Headrick dari CHS Hedging berkata, harga gasolin jatuh kerana mempunyai stok yang banyak berbanding permintaan yang rendah berbanding tahun lalu serta peningkatan stok di Pantai Timur.

Permintaan gas sejak empat minggu lalu jatuh 1.8 peratus berbanding tahun lalu. – MalaysiaGazette