ALOR SETAR – Bekas Yang di Pertua (YDP) Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak kelihatan pada Muktamar Pas kali ini.
Meskipun Mahfuz merupakan ‘tuan rumah’ untuk Muktamar kali ini, malah masih manjadi ahli parti itu, kelibat Anggota Parlimen Pokok Sena itu gagal dikesan penggiat media.
Mahfuz yang lantang mengkritik kepimpinan partinya kebelakangan ini kerap digesa untuk meninggalkan Pas oleh beberapa pemimpin dan ahli parti Islam itu.
Terdahulu, dalam satu kenyataan, Mahfuz memberitahu tentang kemungkinan tidak hadir pada Muktamar kali ini berikutan tiada jemputan rasmi dari partinya.
MalaysiaGazette ketika ini cuba mendapatkan reaksi daripada Mahfuz, namun masih tidak mendapat sebarang maklum balas. – MalaysiaGazette.