Home Seni Hidup Bersenam tajamkan minda

Bersenam tajamkan minda

WHO mengaanggarkan 1.4 bilion populasi dunia tidak melakukan senaman secukupnya. foto Agensi

MELAKUKAN senaman sederhana beberapa kali dalam seminggu adalah cara terbaik untuk menajamkan minda, jika anda berusia 50 tahun ke atas.

Kemahiran berfikir dan memori akan bertambah baik jika manusia menggerakkan jantung danĀ otot secara berkata.

Kenyataan ini adalah benar bagi mereka yang sudah menunjukkan tanda-tanda penurunan kognitif.

Melakukan senaman pada semua peringkat umur adalah berfaedah untuk minda dan badan, kata penyelidik Australia.

British Journal of Sports Medicine berkata, bersenam seperti melakukan Tai Chi disarankan kepada individu berusia 50 tahun, terutama mereka yang tidak mampu melakukan gerak badan yang mencabar.

Aktiviti fizikal sudah lama kenal pasti mampu mengurangkan masalah kesihatan termasuk diabetes jenis dua dan beberapa kanser dan penurunan ketajaman minda secara semula jadi ketika mencapai pertengahan usia.

Secara teorinya, melalui senaman, otak menerima bekalan darah, oksigen dan nutrien yang cukup untuk merangsang kesihatan dan perkembangan hormon bagi membantu pembentukan hubungan baharu dan neuron.

Dalam pelbagai ujian minda, terbukti aerobik memperbaiki keupayaan kognitof seperti berfikir, membaca, belajar manakala latihan otot – angkat berat memberi kesan signifikan kepada memori dan keupayaan otak untuk merancang – yang dikenali fungsi eksekutif.

Joe Northey, Pengarang Kajian dan Penyelidik Institut Penyelidikan Sukan dan Senaman di Canberra berkata, penemuan itu cukup meyakinkan kedua-dua jenis latihan itu meningkatkan kesihatan otak kepada mereka yang berusia lebih 50-an.

“Walaupun anda melakukan senaman yang sederhana hanya sekali atau dua kali seminggu masih terdapat peningkatan dalam fungsi kognitif,” katanya.

Beliau berkata, individu boleh berbual ketika melakukan senaman yang sederhana.

Garis panduan NHS mengesyorkan orang dewasa melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti aerobik sederhana setiap minggu dan menjalankan senaman otot pada dua atau lebih seminggu.

Dr Justin Varney, dari Jabatan Kesihatan Awam England berkata, sebarang aktiviti fizikal adalah baik untuk otak dan badan. – MalaysiaGazette