Home Dunia Trump tidak pasti Jong-un waras

Trump tidak pasti Jong-un waras

Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyifatkan pemimpin Korea Utara sebagai ‘individu yang bijak’.

Bercakap kepada CBS, katanya, Kim Jong-un telah memegang kuasa pada usia muda meskipun berhadapan dengan ‘beberapa orang yang lebih kuat’.

Mengakui keadaan tegang ekoran program nuklear Korea Utara, Trump berkata beliau tidak pasti sama ada Kim waras.

“Orang ramai berkata: “Adakah dia waras?” Saya tidak tahu …. tetapi dia adalah seorang lelaki muda 26 atau 27 … apabila bapanya meninggal dunia. Dia berurusan dengan orang yang jelas sangat sukar, khususnya jeneral dan lain-lain.

“Dan pada usia yang sangat muda, dia mampu untuk mengambil alih kuasa. Ramai orang, saya pasti cuba untuk merampas kuasa , sama ada ia adalah bapa saudara atau orang lain. Dan dia mampu untuk melakukannya. Jadi jelas, dia seorang cukup bijak,”.

Wawancara yang disiarkan dalam Face the Nation selepas Korea Utara gagal melancarkan ujian peluru berpandu dalam tempoh dua bulan, yang mana senjata itu meletup sejurus selepas ia dilancarkan pada Sabtu lalu.

Ketika ditanya mengapa Korea Utara kerap melancarkan peluru berpandu, Trump berkata: “Lebih baik kita tidak membincangkannya”.

“Kita tidak sepatutnya membincangkan tindakan kita. Ia adalah permainan catur. I hanya tidak mahu orang tahu apa yang kita sedang fikirkan,”.

Ketegangan di rantau Korea meningkat sejak kebelakangan ini apabila kedua-dua, Korea Utara dan Korea Selatan menjalankan latihan ketenteraan.

Amerika Syarikat telah menghantar kapal perang ke rantau ini dan mula memasang sistem anti-peluru berpandu di Korea Selatan awal minggu ini.

Pada hari Ahad, satu artikel KCNA menggesa Amerika Syarikat untuk “dapat memahami akibat bencana yang akan melibatkan dengan provokasi tentera mereka yang bodoh”.

Korea Utara telah menjalankan ujian peluru berpandu berulang dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan mengancam untuk menjalankan ujian nuklear keenam.

Trump berkata Amerika “tidak akan gembira” jika ujian selanjutnya dijalankan.

Apabila ditanya sama ada ini bermakna akan ada tindakan ketenteraan, beliau berkata: “Saya tidak tahu Maksud saya, kita akan lihat..” – MalaysiaGazette