• Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Cari
Friday, May 9, 2025
  • Sign In
  • ms MS
    • ms MS
    • en EN
MalaysiaGazette
  • Utama
    • Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

      OKU culik kanak-kanak dipenjara dua tahun

      Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sendiri

      Jufazli didakwa atas tuduhan hina PM

      Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir – MB

  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Home Politik Logo Rafizi jadi bahan cemuhan netizen
  • Politik

Logo Rafizi jadi bahan cemuhan netizen

By
Mohd Zaini Samsu Hadi
-
3 May 2017
Cadangan logo baharu Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Cadangan logo baharu Pakatan Harapan (PH) yang cuba diketengahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendapat cemuhan warga alam maya.

Sebaik sahaja  gambar cadangan logo itu dimuat naik di Facebook Rafizi semalam, netizen mula mengutuk dan menyindir hingga segelintirnya menyifatkan ia sebagai `darurat negara’.

Kebanyakan mereka sependapat logo PH tidak menepati citarasa anak muda dan tiada nilai artistik dari segi rekabentuk dan logonya yang terlalu ringkas.

Ramai juga yang membandingkan logo ‘ibu jari’ itu seperti label bungkusan kacang cap Ngan Yin.

Malah, ada yang mempersoalkan tiga logo yang dipaparkan Rafizi itu sebagai senarai pendek dan mendesak logo lain dibuat.

Seorang pengkritik, Hantwo Dimana menulis: “Ini shortlistkah? Langsung takda seni…kenapa tak buka penyertaan rakyat dalam menyumbang idea?…nak buat logo bukan jenis tangkap muat…ini logo zaman 80-an takde kreativiti langsung…mohon open balik,” katanya dengan menambah #CapKacangNanNgin.

Mohd Hazri Ramli pula memberikan respon kepada Rafizi dengan berkata: “Maaf cakap YB… logo macam ini tidak menarik pengundi untuk pangkah nanti perlu ada ciri-ciri perpaduan parti-parti dalam pakatan harapan dalam logo tersebut supaya menarik minat pengundi,” ujarnya.

Sementara itu, Nurul Fakhri pula berkata: “Walaupun saya hampir pasti menyokong Pakatan Harapan, tapi saya tidak sokong logo-logo dipamerkan. Logo terlalu backdated,” ujarnya.

Dalam statusnya, Rafizi menyebut Pakatan Harapan akan mendaftarkan satu logo yang akan digunakan bersama oleh semua parti dalam gabungan itu dalam tempoh dua minggu lagi.

Ini kerana katanya, pada minggu lalu Majlis Presiden telah bersetuju untuk menyenarai pendek logo-logo berkenaan untuk dikongsi dengan rakyat Malaysia bagi mendapatkan maklum balas.

Bagaimanapun daripada jumlah 1,200 komen, majoritinya tiada siapa yang memilih logo yang disenarai itu, sebaliknya dipenuhi dengan komen-komen mendesak PH mencipta logo lain. – MalaysiaGazette

Mohd Zaini Samsu Hadi
+ postsBio ⮌
    This author does not have any more posts
  • Tag
  • logo
  • netizen
  • pakatan harapan
  • Politik
  • rafizi ramli

Artikel BerkaitanLagi artikel dari penulis

Politik

Puad lebih gemar main politik dari berkhidmat untuk rakyat – Sahruddin

Politik

Pemilihan PKR tak cetus permusuhan ketara – Anwar

Politik

Ahli UMNO perlu hati-hati propaganda menjelang PRU-15 – Mohd Sharkar

Artikel Popular

MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa.
Hubungi Kami: [email protected] / [email protected]

BERITA TAMBAHAN

Laksana inisiatif tambah baik pergerakan di sempadan Malaysia-Singapura

5 March 2025

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

19 September 2024

Bung Moktar tepis dakwaan tali barut dalam usaha menuntut MA63

19 September 2024

KATEGORI POPULAR

  • Nasional46035
  • Politik15953
  • Utama14299
  • MGNews12612
  • Ekonomi11568
  • Dunia9772
  • Foto Pilihan8604
  • Hubungi Kami
  • Webmail
© 2013-2022 MalaysiaGazette, All Rights Reserved