Home Nasional Zepp On, penyedia e-hailing pertama negara diterajui anak muda bumiputera 

Zepp On, penyedia e-hailing pertama negara diterajui anak muda bumiputera 

Amar Farouq (tengah), Muhammad Ridwan (kiri) dan Muhammad Ilyas Mohd Kamal (kanan) menunjukkan aplikasi ZeppOns pada telefon pintar selepas selesai sidang media mengenai aplikasi tersebut iaitu sejenis aplikasi menyerupai Grabcar yang dikendalikan pemandu dalam kalangan orang muda di Cascades Kota Damansara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 03 MEI 2017.

KOTA DAMANSARA – Penyedia aplikasi tempahan kereta dan teksi (e-hailing) pertama negara yang dinamakan Zepp On, diilhamkan oleh dua anak muda tempatan bermula daripada pengumuman Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif Zepp On, Amar Farouq Kamaruddin berkata, idea tersebut timbul berikutan sambutan baik perkhidmatan Grab Car dan Uber yang dilihat lebih menjimatkan dan memudahkan pengguna.

“Kami cuba merealisasikan perniagaan kami sebagai contoh kepada usahawan muda di luar sana melalui TN50,  di mana kebergantungan pendapatan adalah di atas kapisiti masing-masing.

“Objektif kami mewujudkan aplikasi Zepp On adalah untuk meningkatkan sistem penggunaan teksi di negara ini,” kata pemuda berusi 25 tahun itu pada sidang media memperkenalkan aplikasi Zepp On itu disini hari ini.

Menurut Farouq, sumbangan idea berkenaan kemudian dikembangkan lagi dari segi keselamatan dan mobiliti pengguna yang lebih efisen selari dengan visi Kementerian Pengangkutan.

Ketua Pegawai Eksekutif ZeppOns, Amar Farouq bercakap pada sidang media mengenai Aplikasi ZeppOns iaitu sejenis aplikasi menyerupai Grabcar yang dikendalikan pemandu dalam kalangan orang muda di Cascades Kota Damansara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 03 MEI 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif ZeppOns, Amar Farouq bercakap pada sidang media mengenai Aplikasi ZeppOns iaitu sejenis aplikasi menyerupai Grabcar yang dikendalikan pemandu dalam kalangan orang muda di Cascades Kota Damansara, Selangor. foto IQBAL BASRI, 03 MEI 2017.

“Kelebihannya, sistem verifikasi pemandu adalah lebih ketat. Features Support yang diperkenalkan boleh membantu pemandu untuk menyampaikan maklumat segera kepada ibu pejabat Zepp On dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

“Profesional pemandu akan diterapkan dengan etika kod pemakaian dan tambang yang berpatutan bagi semua golongan,” katanya.

Setakat ini lebih 4,000 pemandu telah mendaftar untuk bersama-sama Zepp On sejak aplikasi berkenaan dilancarkan pada Febuari lalu dengan jumlah tersebut semakin meningkat setiap hari.

Sementera itu, Pengarah Operasi ZeppOn, Muhammad Ridwan Rusdi berkata, pemandu Zepp On terbuka kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai tiga hingga empat tahun pengalaman memandu.

“Zepp On diperkenalkan untuk membantu golongan muda menjana pasaran baru kepada masyarakat.

“Proses menambah baik aplikasi ini akan diakukan dengan ia akan berada di dalam pasaran dalam dua bulan lagi dan pengguna boleh memuat naik melalui Google Play Store atau App Store bagi pengguna Apple.

“Sistem live google data sangat tepat dengan tambang yang lebih murah,” katanya.

Pelancaran rasmi Zepp On dijadualkan pada 5 Mei ini di Kota Damansara jam 3 petang. – Malaysia Gazette