Home Dunia 15 cedera kilang terbakar

15 cedera kilang terbakar

Asap hitam dari kawasan kilang yang terbakar. foto Agensi

MADRID – Seramai 15 orang cedera termasuk tiga parah apabila sebuah kilang kimia di bandar ini terbakar.

Beberapa letupan dilaporkan berlaku di kilang yang terletak di Arganda del Rey, kira-kira 27 kilometer dari Madrid.

Punca kebakaran masih belum diketahui tetapi pasukan bomba telah dihantar ke tempat kejadian.

Kawasan itu telah dikepung. Asap tebal dari kawasan kilang boleh dilihat dari jauh. – MalaysiaGazette