Home Sukan Totti bersara pada umur 40 tahun

Totti bersara pada umur 40 tahun

ROME, ITALI – Ikon kelab AS Roma, Francesco Totti akhirnya mengumumkan persaraannya  pada penghujung musim ini. sebaik kontrak pemain berusia 40 tahun itu tamat.

Pengarah Sukan baharu kelab itu, Monchi berkata, pemain berusia 40 tahun akan meninggalkan kelab sebaik kontrak kapten itu tamat.

“Saya mahu dia berada di sini bersama saya. Dia adalah Roma. Dia boleh mengajar saya apa iaitu Roma,” kata Monchi dalam satu kenyataan.

Monchi bagaimana memberitahu, Totti akan kekal dalam bidang pengurusan kelab.

“Perjanjian sudah dibuat selepas musim terakhir dia akan meneruskannya dengan pengurusan.

“Saya mahu Totti menerangkan kepada semua penyokong apa itu Roma,” katanya.

Monchi dari Sepanyol dilantik dengan jawatan berkenaan susulan kejayaannya sebagai Pengarah Sukan bersama kelab La Liga, Sevilla yang memenangi tiga gelaran Liga Europa berturut-turut pada 2014, 2015 dan 2016.

Totti yang juga penyerang legenda Itali menghabiskan keseluruhan karier profesionalnya di Roma dan menjadi pemain paling popular di kelab itu sejak menyertainya pada 1993.

Bagaimanapun, hubungannya dengan jurulatih Luciano Spalletti tampak tidak begitu baik pada musim lalu.

Totti mendapat kontrak lanjutan selama 12 bulan dan masih mamu menjaringkan beberapa gol. – MalaysiaGazette