Home Nasional Lapangan Terbang Sultan Azlan dibuka semula hari ini

Lapangan Terbang Sultan Azlan dibuka semula hari ini

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang ditutup kerana berlubang di landasan akan dibuka semula hari ini.

Landasan itu berlubang dipercayai berpunca daripada hakisan, kata Malaysia Airports Holdings Berhad.

Akibatnya, lapangan terbang itu ditutup sejak pukul 6.40 petang semalam dan 12 penerbangan terjejas.

Penumpang dinasihatkan untuk menyemak jadual menerusi syarikat penerbangan masing-masing. – MalaysiaGazette