SHENZHEN – Seramai empat puluh lima orang telah dihukum berikutan kejadian tanah runtuh di bandar selatan China, dekat sini yang membunuh 73 orang pada tahun 2015.
Timbunan tanah sisa dan bahan-bahan pembinaan tiba-tiba runtuh dan menimbus daerah berdekatan.
Pengurus syarikat yang mengendalikan tapak pelupusan dan bekas ketua biro pentadbiran Shenzhen telah dipenjara selama 20 tahun.
Hampir 20 daripada mereka yang dihukum adalah pegawai-pegawai kerajaan.
Mereka didapati bersalah kerana kecuaian dan penyalahgunaan kuasa.
Tapak pembuangan itu mempunyai kapasiti penyimpanan empat juta meter padu dan ketinggian maksimum 95 meter (310 kaki) tetapi apabila kejadian tanah runtuh itu berlaku, menyebabkan berlaku timbunan 5.8 meter padu bahan dan timbunan sisa setinggi 160 meter, lapor Xinhua.
Kejadian tanah runtuh itu meliputi kawasan seluas 50 padang bola sepak dan lebih daripada 200 pengorek dibawa masuk untuk kerja-kerja pembersihan. – MalaysiaGazette