Home Dunia Doktor terkejut ada belut dalam usus pesakit

Doktor terkejut ada belut dalam usus pesakit

Inilah belut yang dikeluarkan dari usus seorang pesakit di China.

GUANGZHOU – Kalau di Malaysia ada sesetengah negeri ada menyediakan menu makanan berasaskan belut namun lain pula di China.

Ada video tersebar menunjukkan doktor mengeluarkan seekor belut dari perut pesakit di hospital.

Video berkenaan menunjukkan petugas hospital mengeluarkan belut yang panjangnya hampir menyamai lengan orang.

Menurut laporan LiveLeak, tidak diketahui bagaimana belut itu ada dalam tubuh pesakit namun dipercayai ada kaitan dengan perubatan meningkatkan seks.

Difahamkan, bulan lepas lelaki berkenaan telah ‘memasukkan’ belut sepanjang setengah meter ke dalam dubur sebagai rawatan tradisional mengubati sembelit.

Bagaimanapun, mangsa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut yang kronik.

Doktor kemudiannya terkejut apabila mendapati belut di dalam usus pesakit yang dikenali sebagai Liu itu.- MalaysiaGazette