KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan seorang lelaki bernama Noor Aizad Abdul Aziz, 31, bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah melibatkan sebuah kementerian.
Noor Aizad yang memegang kad pengenalan bernombor 860404-38-7863 mempunyai alamat terakhir di Blok E-L-1-6 , Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin PO Box 62, Tanjung Malim, Perak dan Lot 899, Kampung Talak Kadok, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Penolong Penguasa G.Kumarasamy di talian 03-88867569 atau 017-3132731. – MalaysiaGazette