TOKYO – Dana Kewangan Antarabangsa meminta ekonomi-ekonomi Asia belajar daripada pengalaman Jepun dan bertindak awal untuk menghadapi kepesatan penuaan penduduk.
Ini kerana, katanya, rantau ini berisiko ‘menjadi tua sebelum kaya’.
IMF berkata, Asia telah menikmati demografi yang besar dalam dekad lalu, tetapi peningkatan jumlah warga tua menyebabkan wujud demografi cukai ke atas pertumbuhan, kata IMF dalam laporan tinjauan ekonomi bagi rantau Asia Pasifik yang dikeluarkan hari ini.
“Menyesuaikan diri dengan penuaan adalah amat mencabar bagi Asia kerana penduduknya secara relatif mempunyai pendapatan per kapita yang rendah dan cepat tua,” kata IMF dalam laporan itu.
Kadar pertumbuhan penduduk di Asia dijangka jatuh kepada sifar pada tahun 2050 dan penguasaan golongan umur bekerja – kini di kemuncak – akan menurun beberapa dekad yang akan datang, kata laporan itu.
Jumlah penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas akan meningkat dengan cepat dan mencapai hampir duasetengah kali paras semasa pada tahun 2050, katanya.
Ini bermakna demografi akan berkurangan 0.1 mata peratusan daripada pertumbuhan global tahunan dalam tiga dekad akan datang.
Sudah tentu cabaran paling besar di Jepun yang menghadapi peningkatan golongan tua dan penurunan populasi.
Tenaga buruh di Jepun menyusut lebih daripada 7 peratus sejak dua dekat lalu.
Menurut laporan itu, peratusan tinggi rakyat Jepun yang hidup dengan bergantung kepada pencen melebihi yang memiliki lebihan simpanan dan pelaburan rendah hidup da pencen boleh berada di belakang simpanan berlebihan Jepun dan pelaburan yang rendah.
Ia disebabkan pertumbuhan lembap dan mengekalkan inflasi di bawah sasaran 2.0 peratus.
“Pengalaman Jepun menonjolkan bagaimana halangan demografi boleh memberi kesan buruk kepada pertumbuhan, dinamik inflasi dan keberkesanan dasar kewangan,” katanya.
Lantaran itu, IMF meminta negara-negara Asia menjadikan pengalaman Jepun untuk menangani halangan demografi lebih awal dengan memperkenalkan pelan pengukuhan fiskal , meningkatkan penyertaan tenaga buruh wanita dan warga emas dan menyusun semula jaringan keselamatan sosial. – MalaysiaGazette