TEHRAN – Seorang pelajar menjadi popular kerana wajahnya saling tak tumpah seperti bintang bola sepak dunia, Lionel Messi.
Akibatnya, Reza Paratesh terpaksa dibawa ke balai polis di banda Hamaden disni hujung minggu lalu kerana terlalu ramai orang ingin bergambar dengannya.
Ini kerana suasana menjadi kecoh hingga pihak terpaksa menahan kereta pemuda berusia 25 tahun itu.
Reza mula menjadis sebutan beberapa bulan lalu apabila ‘Messi tiruan’ itu memakai jersi Barcelona dengan nombor 10.
Dia juga memotong rambutnya dan menyimpan janggutnya sama seperti seperti pemain pasukan kebangsaan Argentina itu.
“Saya benar-benar gembira kerana dengan hanya melihat saya, ia akan menjadikan mereka gembira dan kegembiraan ini membuatkan saya lebih bertenaga,” katanya kepada AFP.
Parastesh kini mendapat kontrak menjadi model selain jadualnya penuh dengan wawancara bersama media.
Dia juga berhasrat untuk memainkan peranan yang lebih baik dalam bola sepak. – MalaysiaGazette