WASHINGTON-Presiden Donald Trump membuat kecoh lagi dengan memecat Pengarah FBI, James Comey yang mengetuai siasatan terhadap kempen pilihan raya Trump pada 2016 yang mana terdapat kemungkinan berlakunya campur tangan Rusia di dalam keputusan pilihanraya tersebut.
Presiden Republican itu berkata beliau memecat Comey berikutan cara pegawai tertinggi penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat itu mengendalikan skandal emel membabitkan bekas calon presiden dari parti Demokrat, Hillary Clinton.
Tindakan tersebut amat mengejutkan Washington dan menambah kesangsian dalam kalangan ahli Demokrat dan orang ramai yang mempunyai prasangka bahawa White House cuma menghalang siasatan FBI yang mengaitkan keputusan piliharaya tersebut dengan campur tangan Rusia.
Terdapat ahli Demokrat yang membandingkan tindakan Trump dengan insiden “Saturday Night Massacre” pada tahun 1973 apabila Presiden Richard Nixon memecat pendakwaraya bebas yang sedang menyiasat skandal Watergate.
Pegawai-pegawai White House bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan tiada sebarang motif politik di dalam tindakan yang diambil oleh Trump itu.
Senator Richard Burr, pengerusi Jawatankuasa Senat Perisikan Rebuplikan berkaya, beliau terganggu dengan pemecatan Comey.
Burr merupakan salah seorang yang memantau sendiri penyiasatan terhadap campur tangan Rusia di dalam pilihanraya berkenaan.
“Kehilangan Comey pastinya satu kerugiaan kepada FBI dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.- MalaysiaGazette