Home Nasional Video ustaz pukul murid tahfiz guna pengangkut baju tular

Video ustaz pukul murid tahfiz guna pengangkut baju tular

KUALA LUMPUR – Media sosial hari ini digemparkan dengan penularan satu video seorang lelaki dipercayai ustaz di sebuah sekolah tahfiz sedang memukul murid tahfiz berkenaan.

Video berdurasi 14 saat itu memaparkan aksi ustaz berbaju batik memukul seorang murid yang berpakaian tshirt kuning dan berkopiah dengan menggunakan pengangkut baju.

Ia hasil perkongsian seorang ibu daripada salah seorang murid yang dipukul bertindak memuatkan video berkenaan dalam Facebooknya.

Menurut Ummu Humaira, kejadian tersebut berlaku keatas anaknya yang bersekolah di sebuah tahfiz yang dipercayai bertempat di utara Semenanjung Malaysia.

“Ni masa anak-anak termasuk anak kakak kena di Mhad Tahfiz Shikh Taju**** Al *****. Cuba tengok video ni.. Cara ustaz yang juga warden pukul anak-anak,” tulisnya dalam Facebook beliau.

Menurut Ummu Humairah, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Mudir (Ketua Maahad) namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap ustaz berkenaan.

“Dah banyak kali cuba usul pada mudir.. dan pembantu-pembantu mudir.. Pembantu mudir mengiayakan dan bagi kerjasama.. tapi..mudir diam menyepi.. Akak ada semua bukti.. Klau pukul cara sunnah macam Sheikh Wahab..akak tak marah sbb tak berbekas dan di betis. Tapi..warden ni pukul di bahagian belakang badan..dekat dengan belikat.. ada kesan rotan..dan ada kalanya kesan penyangkut baju,” katanya lagi.

Hasil kajian Malaysia Gazette, kejadian didapati berlaku pada Disember tahun lalu.

Sebelum ini tular mengenai kes kematian seorang pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 yang meninggal dunia setelah menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan akibat dipukul pembantu warden.

Thaqif yang disebat dengan getah oleh warden hingga menyebabkan kedua-belah kakinya dipotong sebelum ini. -MalaysiaGazette.

Tengku Ridhuan Al-AzzikriNi masa ank2 termasuk anak akk kena di Maahad Tahfiz Sheikh Tajuddin Al JarumiCuba tengok video ni.. Cara Ustaz cum Warden pukul ank2..

Posted by Ummu Humaira on Rabu, 7 Disember 2016