SHANGHAI – Lapan orang terbunuh dan 11 orang cedera dalam gempa bumi dengan magnitud 5.5 melanda barat laut wilayah Xinjiang, China, menurut agensi berita rasmi Xinhua.
Pentadbiran Gempa Bumi China(CEA) berkata, gempa bumi itu berlaku di kawasan terpencil di Taxkorgan County dekat wilayah Kashgar pada kedalaman 8 km (5 batu).
Xinjiang sering dikejutkan oleh gempa bumi, kebanyakan yang menyebabkan kerosakan kecil.
Xingua berkata, beberapa dinding bangunan dilaporkan retak dan runtuh.
Pihak berkuasa berkata, jumlah kerosakan masih lagi dikumpul. – MalaysiaGazette