PULAU PINANG – Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menghormati keputusan pusat untuk tidak meletakkannya sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Chang Yeow menyatakan perkara itu kepada Kwong Wah Daily selepas terdapat laporan yang memetik sumber Gerakan pusat bahawa bekas Exco Pulau Pinang itu tidak akan disenarai sebagai calon pada pilihan raya akan datang.
Chang Yeow berkata, beliau akan menghormati pusat dan tidak akan melanggar sebarang keputusan yang dibuat.
Ditanya mengenai senarai penyelaras kawasan terbaru yang diumumkan, Chang Yeow sekali berkata, beliau akan menghormati keputusan pusat walaupun mengakui pernah mencadangkan Gerakan Pulau Pinang supaya menawarkan lebih banyak peluang kepada orang muda.
Kata Chang Yeow lagi, beliau tidak akan campur tangan dalam soal penentuan calon pilihan raya dan tidak akan mencadangkan sebarang nama, tetapi menyerahkan urusan itu kepada Gerakan pusat.
Gerakan dilaporkan giat mengadakan perbincangan antara pusat dan negeri untuk menetapkan senarai calonnya untuk Pulau Pinang.
Ia merupakan usaha untuk memantapkan persiapan menjelang PRU-14 di Pulau Pinang, negeri yang pernah dipimpin Gerakan bersama dengan rakan Barisan Nasional (BN) yang lain.