Home Dunia Kanak-kanak maut jatuh dalam lubang kumbahan

Kanak-kanak maut jatuh dalam lubang kumbahan

sewerage-640x359
Rakaman CCTV (gambar kecil) menunjukkan seorang kanak-kanak berjalan berhampiran lubang kumbahan. foto Agensi

BANGKOK – Seorang kanak-kanak empat tahun maut selepas terjatuh dalam lubang kumbahan yang tidak bertutup di kawasan perumahan kerajaan di Samut Sakhon malam tadi.

Bapa mangsa, Ratchanon Boonngam berkata, mangsa dan abangnya telah keluar ke kedai semasa kejadian itu berlaku di perumahan di Wat Ngon Kai Ua-athorn, di Tambon Klong Madua.

Menurutnya, semasa anak lelakinya keluar dari kedai, dia mendapati adik hilang, lantas pulang ke rumah dan memaklumkan kepada keluarga.

Keluarganya ke kedai semula dan hasil rakaman daripada kamera litar tertutup mendapati kanak-kanak malang itu, Yosita terjatuh dalam lubang yang tidak bertutup sewaktu berjalan.

Pasukan penyelamat berjaya menemui mayat kanak-kanak itu dari lubang berkenaan. – MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts