Home Dunia Bangkai makhluk misteri terdampar di Pulau Seram

Bangkai makhluk misteri terdampar di Pulau Seram

Makhluk misteri disyaki sotong gergasi ditemui penduduk Pulau Seram, wilayah Maluku, Indonesia pada Selasa. - Foto: Daily Mail

MALUKU – Bangkai makhluk misteri terdampar di pantai mengejutkan penduduk di kawasan terpencil di Pulau Seram, Indonesia.

Makhluk sepanjang 15 meter panjang itu ditemui penduduk setempat, Asrul Tuanakota di utara Pulau Seram di Wilayah Maluku, Indonesia menurut Jakarta Globe.

Menurut Asrul, pada mulanya dia mengganggap ia sebagai sebuah bot karam semasa ditemui pada malam Selasa.

Makhluk misteri itu dipercayai mati tiga hari lepas sebelum dihanyutkan ke pulau terpencil itu.

Penduduk berusia 37 tahun itu berkata, sejak penemuan itu, penduduk mula membanjiri Pantai Hulung untuk melihat bangkai yang mulai busuk dan telah berubah warna itu.

Makhluk misteri disyaki sotong gergasi ditemui penduduk setempat Pulau Seram di Wilayah Maluku, Indonesia pada Selasa. Foto: Daily Mail.
Makhluk misteri disyaki sotong gergasi ditemui penduduk setempat Pulau Seram di Wilayah Maluku, Indonesia pada Selasa mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai penemuan tersebut. Foto: Daily Mail.

Penduduk mula membuat andaian dan spekulasi sendiri kononnya ia adalah bangkai sotong gergasi atau ikan paus sambil menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengalihkan segera bangkai makhluk misteri terbabit.

Pada awal tahun ini, sebua makhluk misteri telah ditemui di Pantai Filipina.

Ia juga mengejutkan penduduk tempatan itu yang membuat spekulasi bahawa makhluk dua tan itu sejenis dugong sebelum disahkan sebagai ikan paus.

Daily Mail di UK memaparkan klip video makhluk misteri yang ditemui di sebuah pulau terpencil di Indonesia pada Selasa lalu – MalaysiaGazette