ENGLAND – Manchester United selangkah lagi untuk julung-julung kalinya merangkul kejuaraan Liga Europa dan layak ke aksi Liga Juara-Juara musim depan.
Tetapi progres skuad kendalian Jose Mourinho terpaksa membayar harga yang mahal ke atas lawannya Celta Vigo untuk mara ke pusingan akhir yang dinanti-nantikan itu.
Manchester United yang beraksi di laman sendiri dengan kelebihan 1-0 pada aksi pertama berjaya menambah jaringan pada minit ke-17 menerusi tandukan kencang Marouane Fellaini hasil hantaran Rashford.
Ia menyaksikan Man United mendahului pelawat dengan agregat 2-0 sebelum jaringan awal Fellaini dinafikan menerusi gol panyamaan pada minit ke-85.
Red Devils yang mara dengan agregat 2-1 di aksi kedua separuh akhir awal pagi tadi di Old Trafford nyaris disingkir lawan.
Penyerang pasukan lawan John Guidetti melepaskan peluang mudah mencipta gol untuk pasukan gergasi Belanda itu pada minit terakhir.
Dengan perlawanan berbaki 6 minit, pemain kedua-dua pasukan terlibat dalam pertelingkahan di tengah padang.
Ia mengakibatkan pemain pertahanan Man United, Eric Bailly dan Facundo Roncaglia dilayang kad merah.
ketiadaan Bailly yang didakwa mengkasari Guidetti bermakna dia akan terlepas aksi final menentang Ajax di Stockholm.
Keadaan itu meletakkan pasukan the Red Devils dalam keadaan tertekan untuk beraksi di pentas final dan wajib menang tanpa bintang berbisa bek pertahanan itu.
Ketiadaan pasangan bek pertahanan Bailly iaitu Marcos Rojo disebabkan kecederaan ligamen mengakibatkan kubu pertahanan skuad Jose kini berdepan ujian maut yang perlu dilalui di pentas akhir nanti.
Skuad Jose Mourinho lebih bertahan dalam aksi pagi tadi tanpa melancarkan serangan berbanding lawannya menguasai 68 peratus bola di atas padang dengan beberapa percubaan menarik.
Aksi final ini penting untuk Manchester United yang mana ia satu-satunya jalan yang ada untuk skuad Jose layak ke kempen liga juara-juara Eropah musim depan.
Manakala Ajax tidak akan turun dengan keadaan tertekan dalam aksi final oleh kerana pasukan itu sudahpun melayakkan diri ke liga juara-juara musim depan.
Manchester United masih mempunyai misi maut yang perlu diatasi pada 24 Mei ini di Stockholm.
Sama ada Manchester United akan pulang ke England selaku juara atau kekecewaan akan diketahui nanti.- MalaysiaGazette