Home Nasional Abdul Hadi masih belum dibedah, nampak ceria – Tuan Ibrahim

Abdul Hadi masih belum dibedah, nampak ceria – Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bercakap pada sidang media parti PAS dan parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di Ibu Pejabat PAS Pusat, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 MEI 2017

KUALA LUMPURPresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ceria walaupun beliau terpaksa menjalani rawatan insentif kerana masalah kesihatan di sebuah hospital di sini esok.

Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menemuinya hari ini berkata, Abdul Hadi juga masih belum menjalani sebarang pembedahan ekoran masalah kesihatannya.
“Tok Guru (Abdul Hadi) masih belum dibedah dan beliau kelihatan ceria ketika saya menemui beliau hari ini,” katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini yang mengatakan Abdul Hadi akan menjalani rawatan insentif di sebuah hospital di ibu negara, esok.
Ahmad Samsuri juga mengajak pemimpin, ahli dan penyokong Pas agar mendoakan kesihatan Abdul Hadi agar selamat menjalani rawatan berkenaan.
Menurut Ahmad Samsuri, perkembangan Abdul Hadi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan meminta semua pihak agar memberi ruang rehat yang mencukupi dan tidak menziarahi presiden Pas itu pada waktu ini. – MalaysiaGazette