Fattah Amin berucap bersama peminat-peminatnya selepas dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 14 MEI 2017
PUTRAJAYA – Fenomena drama rantaian Suri Hati Mr Pilot membawa tuah kepada pelakon, Fattah Amin apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0.
Fattah yang turut memenangi Pelakon TV Lelaki Popular berjaya menewaskan pencabar terdekatnya, Janna Nick menyekat impian bekas kekasihnya, Neelofa, Khai Bahar dan Siti Nordiana.
Kemenangan itu melayakkan Fattah, 26, membawa pulang hadiah utama, kereta Peugeot 408 e-THP bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza berserta trofi pada acara kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Selain dua trofi berkenaan, Fattah juga diumumkan pemenang dua kategori online, Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.
ABPBH3.0 yang dihoskan oleh Ogy Ahmad Daud, Faizal Ismail dan Zulin Aziz disiarkan secara langsung di TV3.
Antara artis yang membuat persembahan adalah Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Search, Haiza, Noraniza Idris, Jaclyn Victor Khai Bahar, Usop Mentor dan Tajul.
Keputusan penuh ABPBH 3.0
Bintang Paling Popular – Fattah Amin
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Ella
Kategori Utama 1. Artis Baharu Lelaki Popular – Khai Bahar
Khai Bahar bersama dua trofi miliknya selepas merangkul anugerah Artis Baharu Lelaki dan Penyanyi Lelaki Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017
2. Artis Baharu Wanita Popular – Sweet Qismina
Sweet Qismina bersama trofi selepas merangkul anugerah Artis Baharu Wanita Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017
3. Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
4. Penyanyi Wanita Popular – Siti Nordiana
Siti Nordiana, bersama trofi selepas merangkul anugerah Penyanyi Wanita Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017
5. Pengacara TV Popular – Neelofa
Neelofa bersama trofi selepas merangkul anugerah Pengacara TV Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017
6. Penyampai Radio Popular – Radin
Radin bersama trofi selepas merangkul anugerah Penyampai Radio Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017
7. Artis Versatil Popular – Ifa Raziah
Ifa Raziah bersama trofi selepas merangkul anugerah Artis Versatil Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017
8. Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – Akim & The Majistret
Akim dan The Majistret bersama trofi selepas merangkul anugerah Artis Kolaborasi,Duo dan Berkumpulan Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017
9. Artis Komedi Popular – Zizan Razak
Zizan Razak bersama trofi selepas merangkul anugerah Artis Komedi Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017
10. Pelakon TV Wanita Popular – Janna Nick
Janna Nick, bersama trofi selepas merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017
11. Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin
Pelakon, Fattah Amin bergambar bersama kereta dan dua trofi yang dimenanginya selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian pada ABPBH 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 14 MEI 2017
12. Pelakon Filem Wanita Popular – Fazura
Fazura, bersama trofi selepas merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017
13. Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin
Zul Arifin, bersama trofi selepas merangkul anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular pada malam Anugerah Bintang Popular 3.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2017