Home Nasional Seorang suspek rompak dan rogol di Kinrara ditahan

Seorang suspek rompak dan rogol di Kinrara ditahan

SERDANG – Salah seorang daripada dua suspek kes rogol dan rompak di sebuah pusat judi di Bandar Kinrara telah ditahan polis.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan di Kuala Selangor pada kira-kira jam 5.30 petang Ahad.

“Kami masih mencari seorang lagi suspek,” kata Ketua Polis Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias semasa sidang media di sini hari ini.

Kes tersebut menjadi hangat selepas sebuah klip video menunjukkan dua orang lelaki memasuki sebuah pusat judi dan kemudiannya merogol seorang pekerja wanita viral di media-media sosial.

Pemilik kedai tersebut membuat laporan polis di balai polis Bandar Kinrara pada Sabtu yang mana kejadiaan tersebut berlaku pada Khamis.

Menurut ACP Megat, dua lelaki yang dilihat di dalam gambar-gambar yang menjadi viral itu bukan suspek kejadian

“Itu kes lain,” katanya.- MalaysiaGazette