WASHIGTON – Donald Trump mengarahkan bekas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey menggugurkan siasatan terhadap penasihat keselamatan negaranya, Michael Flynn, menurut New York Times.
Laporan itu menggegarkan tetapi kemudian dinafikan oleh pentadbiran Trump.
Akhbar itu berkata, Comey telah bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat itu di White House pada 14 Februari lalu, kemudian merumuskan perbincangan mereka berhubung Flynn.
Memo tersebut, dibacakan oleh salah seorang rakan pengarah FBI yang digulingkan itu, menggambarkan Trump menggesa Comey untuk menutup siasatan terhadap hubungan Flynn dengan Russia.
“Saya berharap anda boleh menyelesaikan, melepaskan Flynn,” memo itu memetik Trump sebagai berkata.
“Dia lelaki yang baik. Saya harap anda boleh melepaskannya,” menurut akhbar itu yang mendakwa memo berkenaan daripada Trump.
Flynn, bekas ketua perisikan tentera telah melepaskan jawatan sebelum Trump menemui Comey berikutan kebimbangan tentang hubungannya dengan Rusia.
Flynn disyaki oleh Jabatan Keadilan yang mendedahkan ugutan Rusia.
Tindakan Trump memecat Comey mencetuskan tuduhan bahawa presiden itu cuba untuk menghalang siasatan FBI berhubung dakwaan pakatan sulit dengan Rusia semasa kempen pilihan raya pada November tahun lalu.
Pentadbiran Trump dalam kenyataannya berkata: “Presiden tidak pernah meminta Comey atau sesiapa sahaja untuk menamatkan apa-apa penyiasatan termasuk apa-apa siasatan yang melibatkan Flynn.
“Presiden mempunyai penuh hormat kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang kita dan semua siasatan. Ini bukan satu gambaran yang benar atau tepat perbualan antara presiden dan Comey. – MalaysiaGazette