Home Nasional Akleh ditutup sementara Ahad ini

Akleh ditutup sementara Ahad ini

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) akan ditutup sementara pada 23 Mei ini bagi menjayakan acara Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2017 (SCKLM 2017).

Penutupan itu bermula bermula 1.30 pagi sehingga 10.30 pagi pada 21 Mei.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan bagi memudahkan perjalanan.

Bagi tujuan pemantauan keselamatan orang awam, pihak penganjur akan
menempatkan anggota pasukan keselamatan di laluan yang terlibat.

Pihak penganjur juga akan membuat kerja-kerja pemasangan notis pemberitahuan kepada pengguna sebelum tarikh penganjuran berlangsung.

Akleh memohon kerjasama orang ramai agar mematuhi semua panduan keselamatan dan arahan sepanjang penutupan tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol 1-300- 88-1012. Bagi mendapatkan info trafik terkini, sila ikuti laman Twitter – AKLEHtrafik.

Sebarang maklumat lanjut berhubung AKLEH, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways. – MalaysiaGazette