Home Ekonomi Individu terkaya dunia rugi AS$35b akibat pergolakan politik AS

Individu terkaya dunia rugi AS$35b akibat pergolakan politik AS

NEW YORK – Individu-individu terkaya di dunia kerugian AS$35 bilion apabila pasaran ekuiti global digegarkan dengan pergolakan politik di Amerika Syarikat, menurut Bloomberg Billionaires Index.

Bill Gates, orang paling kaya di dunia dengan kekayaan AS$86.8 bilion, rugi AS$1 bilion apabila saham Microsoft Corp., pegangan terbesar beliau, jatuh 2.8 peratus – kejatuhan paling ketara hampir setahun.

Pengasas bersama Amazon.com Inc, Jeff Bezos, yang memiliki aset bernilai AS$4 bilion untuk mengambil alih tempat teratas daripada Gates awal minggu ini, jatuh ke tempat ke-3 selepas kehilangan AS$1.7 bilion apabila saham merudum 2.2 peratus.

Taikun peruncitan Sepanyol,Amancio Ortega hilang AS$355 juta berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan AS$83.2 bilion.

Indeks-indeks saham global merosot disebabkan ketegangan politik di White House berikutan hubungan Donald Trump dengan Rusia dan tindakan presiden itu memecat pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FB1), James Comey.

Saham-saham Amerika Syarikat mencatatkan penurunan curam sejak September lalu apabila Nasdaq Komposit jatuh 2.6 peratusi. Saham MSCI-Country – Indeks Dunia jatuh 1.2 peratus dan saham-saham bank pula merekodkan pencapaian buruk.

Pengasas Facebook Inc. Mark Zuckerberg mengalami kesan paling teruk, menjunam AS$2 bilion apabila saham syarikat gergasi media sosial menurun sebanyak 3.3 peratus.

Zuckerberg adalah individu kelima terkaya di dunia dengan aset sebanyak AS$62.3 bilion, menurut indeks.

Trump, jutawan pertama menjadi Presiden Amerika Syarikat, mempunyai nilai aset bersih sebanyak AS$3 bilion dan tidak mempunyai tempat di indeks Bloomberg, ranking 500 orang terkaya di dunia.

Golongan ultra kaya ini mempunyai nilai bersih aset gabungan sebanyak AS$AS4.9 trilion, sehingga AS$ 55 bilion pada tahun 2017. – MalaysiaGazette