LONDON – Claudio Ranieri merupakan pilihan bookie untuk menerajui Watford City musim depan.
The Hornets memecat pengurusnya, Walter Mazzarri selepas tidak menunjukkan peningkatan prestasi pasukan itu, lapor The Sun.
Mazzarri dipecat semalam selepas kelab itu melalui musim yang mengecewakan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)
Ranieri, 65, yang berasal dari Itali tidak terlibat dengan mana-mana kelab bola sepak sejak Februari lepas.
Pengurus berkaliber itu melakar sejarah menjulang EPL untuk Leicester City pada musim lalu.
Bagaimanapun beliau dipecat sembilan bulan selepas menjulang kejuaraan EPL bersama the Foxes di King Power Stadium.
Dalam satu kenyataan, Wadford mengumumkan Mazzarri akan meninggalkan kelab Hertfordshire itu pada hujung musim ini.
Watford tercicir dalam carta EPL selepas lima kekalahan berturut-turut.
Selain Ranieri, bekas Pengurus Newcastle United, Alan Pardew dan Pengurus Crystal Palace, Marco Silva turut berada dalam senarai pengurus baharu Watford.
Namun Ranieri dilihat sebagai pengganti paling layak mengambil alih tugas di Watford. – MalaysiaGazette