Home Nasional Cadang tukar nikotin dalam rokok dengan vitamin dalam dialog TN50

Cadang tukar nikotin dalam rokok dengan vitamin dalam dialog TN50

Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, Jeffree Zain Affendi Dan Yunan berucap pada Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Auditorium Elyas Omar, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 18 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang, Je’free Zain Affendi mahu nikotin yang terdapat dalam rokok digantikan dengan vitamin.

Beliau yang menjadi ahli panel pada dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) Bukit Bintang di Perpustakaan Kuala Lumpur malam tadi mahu cadangan tersebut dijadikan salah satu aspirasi dalam TN50.

Sebagai seorang perokok, beliau mengharapkan teknologi di negara ini pada masa depan mampu menukar nikotin kepada vitamin sebagai kandungan tambahan menjelang tahun 2050 agar golongan perokok dalam negara ini menjadi sebagai perokok yang sihat.

“Aspirasi saya yang pertama, sebagai seorang perokok, ya, saya mengaku saya ini perokok.

“Saya mahu jadi perokok yang sihat jadi, saya mahu nikotin dalam rokok tu digantikan dengan vitamin,” katanya.

Aspirasi yang dinyatakan oleh Je’free itu kemudiannya disambut dengan tepukan dan sorakan oleh lebih kurang 250 orang hadirin yang memenuhi Dewan Auditorium Elyas Omar, Perpustakaan Kuala Lumpur.

Je’free Zain mungkin berseloroh namun perancangan masa depan TN50 jauh lebih besar daripada menghasilkan teknologi menyihatkan perokok. – MalaysiaGazette