Home Sukan Kedah bawa pulang Piala FA

Kedah bawa pulang Piala FA

KUALA LUMPUR – Skuad Lang Merah menjulang Piala FA apabila menundukkan Skuad Tok Gajah 3-2 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Beraksi di depan hampir 80,000 penonton, Kedah membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi penyerang dari Denmark, Ken Ilso Larsen yang menerima hantaran lintang menarik Mohd. Syazwan Zainon untuk mendahului Pahang.

Meskipun ketinggalan, Pahang semakin tertekan apabila Bohigues dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua ekoran terjahan keras yang dilakukan terhadap pertahanan Kedah, Mohd. Rizal Mohd Ghazali.

Walaupun bermain dengan 10 orang namun skuad Tok Gajah tetap memberi tentangan hebat namun akhirnya akur dengan kemantapan skuad Lang Merah.

Pada musim lalu, piala tersebut diungguli pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan PKNS FC dengan jaringan 2-1. – MalaysiaGazette