Home Dunia Perbicaraan bekas Presiden Korea Selatan bermula

Perbicaraan bekas Presiden Korea Selatan bermula

Park Geun-hye

SEOUL – Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye akan dibicarakan di mahkamah hari ini berhubung skandal rasuah yang menyebabkan beliau dipecat.

Beliau telah dicabar oleh Parlimen sebelum ini dan pada Mac lalu Park dipecat oleh mahkamah tertinggi di negara itu selepas pendedahan penglibatannya dalam skandal rasuah dengan sahabatnya.

Ia turut melibat beberapa ahli perniagaan terkaya di Korea Selatan, termasuk pewaris Samsung, Lee Jae-Yong.

Park, 65, adalah bekas pemimpin Korea Selatan yang didakwa dengan pertuduhan rasuah selepas Chun Doo-Hwan dan Roh Tae-Woo, yang dipenjarakan pada tahun 1990an atas sebab yang sama dan pengkhianatan.

Roh pula membunuh dirinya selepas dipersoalkan berhubung rasuah.

Kemunculan Park hari ini adalah kali pertama sejak beliau ditahan Mac lalu. Beliau akan dibawa dari pusat tahanan ke Mahkamah Daerah Tengah.

Perbicaraan melibatkan Park dijangka mengambil masa berbulan-bulan.

Park menghadapi 18 pertuduhan rasuah, paksaan dan salah guna kuasa kerana menawarkan faedah kepada jutawan yang disogoknya.

Rakannya, Choi Soon-Sil, juga dituduh menggunakan hubungannya dengan presiden untuk memaksa firma utama mengeluarkan sumbangan hampir AS$70 juta kepada pertubuhan-pertubuhan bukan keuntungan dan kemudian menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi.

Park juga dituduh membiarkan Choi, mengendalikan pelbagai hal ehwal negeri termasuk pencalonan kanan dan juga pilihan almari pakaian hariannya.

Choi kini dalam perbicaraan rasuah dan salah guna kuasa, seperti Lee. Park menafikan dakwaan itu, sebaliknya menyalahkan Choi kerana menyalahgunakan persahabatan mereka. – MalaysiaGazette