KUALA LUMPUR – Operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara akan mengalami perubahan waktu sepanjang bulan Ramadan bermula 26 Mei sehingga 27 Jun
2017.
Waktu operasi UTC di Semenanjung Malaysia pada hari Isnin hingga Ahad bermula 8.30 pagi hingga 5 petang. Manakala operasi UTC di Sabah, Labuan dan Sarawak pada pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.
UTC akan beroperasi seperti masa yang telah ditetapkan iaitu 8.30 pagi hingga 10 malam di Semenanjung Malaysia dan 8 pagi hingga 9 malam di Sabah, Labuan dan Sarawak mulai 28 Jun 2017.
Kementerian Kewangan berkata, penutupan awal UTC sempena bulan Ramadan ini dapat menjaga kebajikan petugas di UTC dan pada masa sama perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas. – MalaysiaGazette