Home Dunia Tiga suspek letupan di Jakarta ditahan

Tiga suspek letupan di Jakarta ditahan

Polis mengawal orang ramai daripada memasuki kawasan letupan di terminal dekat Kampung Melayu, Jakarta. foto AP

JAKARTA – Polis Indonesia hari ini menahan tiga suspek yang dipercayai mempunyai hubungan dengan serangan yang mengorbankan tiga anggota polis di stesen bas Jawa Barat di sini hari ini.

Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Timur, Yusri Yunus mengesahkan perkara tersebut.

Jelasnya, penahanan ketiga-tiga suspek tersebut dilakukan di Bandung bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Dalam kejadian malam Rabu lalu, sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam dua letupan berhampiran sebuah terminal bas yang sibuk di ibu negara Indonesia kira-kira pukul 10 malam semalam waktu Malaysia.

Jakarta Post melaporkan, mereka yang terbunuh terdiri daripada tiga anggota polis serta lagi individu yang dipercayai pengebom berani mati.

Pihak berkuasa Indonesia dilaporkan telah mula meningkatkan kawalan keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga terutamanya di sekitar Terminal Bas Kampung Melayu, Jakarta Timur.-MalaysiaGazette