Home Dunia Sistem anti-pesawat di seluruh Korea Utara

Sistem anti-pesawat di seluruh Korea Utara

Kim Jong-un

SEOUL – Kim Jong-un menyelia ujian sistem senjata anti-pesawat dan mengarahkan pengeluaran secara besar-besaran dan dipasang di seluruh negara.

Agensi berita KCNA tidak melaporkan sifat sebenar senjata atau masa ujian itu.

Ujian itu dianjurkan oleh Akademi Pertahanan Sains Negara, sebuah agensi disenarai hitam yang dipercayai membangunkan peluru berpandu dan senjata nuklear.

Korea Utara telah membangunkan pelbagai sistem senjata sejak awal tahun lepas, sesuatu yang belum pernah terjadi sebelumnya termasuk peluru berpandu jarak jauh yang mampu mendarat di Amerika Syarikat.

“Kim Jong Un … menonton ujian jenis baru sistem anti-pesawat yang dianjurkan oleh Akademi Pertahanan Sains Negara.

“Sistem senjata yang keupayaan operasi telah disahkan, perlu digunakan secara besar-besaran di seluruh negara … supaya dapat benar-benar membenamkan impian musuh untuk menguasai udara, megah dengan ketuanan udara dan kuasa senjata,” katanya. – MalaysiaGazette