Home Sukan F1: Vettel bantu Ferrari tawan GP Monaco selepas 16 tahun

F1: Vettel bantu Ferrari tawan GP Monaco selepas 16 tahun

MONACO – Pelumba Formula Satu pasukan Ferrari, Sebastian Vettel telah mendahulu senarai kedudukan pemandu kejuaraan dunia kepada 25 mata penuh selepas meraih kemenangan bergaya di Grand Prix Monaco.

Ia memastikan juara dunia empat kali tu membawa pasukan Scuderia Itali itu menawan GP Monaco di Monte Carlo selepas 16 tahun.

Vettel menamatkan perlumbaan 78 pusingan itu dengan mencatat masa 1:44’44.340 manakala Kimi Raikkonen pula di tempat kedua dengan hanya lewat tiga saat.

Dengan ini Sebastian mengungguli senarai pemandu dengan jumlah 109 mata dan Hamilton di tempat kedua dengan 104 mata.

Sebastian Vettel menjulang piala kemenangan di GP Monaco sambil dilihat rakannya Kimi Raikkonen di tempat kedua hari ini. AP

Daripada segi kedudukan Konstruktor, Ferrari mengungguli senarai dengan 196 mata dihadapan Mercedes (179 mata).

Bagaimanapun kemenangan pemandu warga Jerman itu dilanda kontroversi selepas dia memintas rakan sepasukannya Kimi Raikkonen di pit selepas lima pusingan yang agak panjang berbanding rakannya Raikkonen.

Sementara Raikkonen yang mendahului perlumbaan dihadapan Vettel dipanggil memasuki pit oleh pasukanya bagi penukaran tayar pada pusingan ke-39 sebelum Vettel berjaya mengambil kesempatan itu dan memintasnya.

Ia mencetuskan pelbagai reaksi yang melihat taktik pasukan Ferrari memanggil Raikkonen ke pit hentian untuk membenarkan Vettel mendahului perlumbaan itu.

kali keterakhir Raikkonen mendauhuli perlumbaan adalah pada tahun 2013.

Pelumba kedua Ferrari, Raikkonen memberi reaksi berbeza selepas tamat perlumbaan apabila kelihatan dengan mood tak ceria semasa menaiki podium di belakang Vettel.

Pencabar terdekat Vettel, Lewis Hamilton pula mengakhiri saingan di tempat keenam selepas memulakan perlumbaan dari kedudukan ke-13.

Malang menjadi tidak berbau bagi pelumba pasukan Mercedes itu hari ini.

Pelumba pasukan Red Bull iaitu Daniel Ricciardo berjaya menaiki podium di tempat ketiga selepas berjaya memintas pesaing Mercedes, Valtteri Bottas dan pelumba Red Bull Max Verstappen.

Semasa perlawanan berbaki 10 pusingan lagi, Kenderaan Keselamatan dilancarkan selepas berlaku pelanggaran kereta antara pelumba Maclaren, Jenson Button dan Pascal Wehrlein di atas litar.

Vettel bercakap kepada pemberita SkySports selepas perlumbaan berkata; “Saya tak dapat percaya (menang). agak sukar bagi kami diawal perlumbaan selepas bermula dengan tayar sejuk.

“Kami tidak dapat rancang strategi atas litar. Kimi respon ke atas hentian Valtteri untuk penukaran tayar.

“Saya terus memberi tekanan pada saat itu sebelum berjaya mendahului perlumbaan dan menang,” katanya.

Keputusan akhir perlumbaan GP Monaco:
1. Sebastian Vettel, Ferrari
2. Kimi Raikkonen. Ferrari
3. Daniel Ricciardo, Red Bull
4. Valtteri Bottas, Mercedes
5. Max Verstappen, Red Bull
6. Carlos Sainz, Toro Rosso
7. Lewis Hamilton, Mercedes
8. Romain Grosjean, Haas
9. Felipe Massa, Williams
10. Kevin Magnussen, Haas
11. Jolyon Palmer, Renault
12. Esteban Ocon, Force India
13. Sergio Perez, Force India -MalaysiaGazette