Home Nasional Jajaran MRT SSP bawah tanah bermula awal tahun depan

Jajaran MRT SSP bawah tanah bermula awal tahun depan

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT), Datuk Najmuddin Abdullah (dua kanan) melayan sebahagian pengamal media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa MRT bersama Media di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 29 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Transit Aliran Massa (MRT) bagi jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bagi laluan bawah tanah akan bermula awal tahun hadapan di mana empat kawasan di Lembah Klang dipilih sebagai lokasi pertama.

Pengarah Komunikasi Stratergik dan Hal Ehwal dan Pihak Berkepentingan MRT, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, empat Tunnel Boring Machine (TBM) akan digunakan untuk fasa pertama laluan bawah tanah itu.

“Empat TBM tersebut iaitu dua TBM akan memulakan kawasan di Titiwangsan menghala ke Hospital Kuala Lumpur manakala dua lagi TBM adalah laluan bawah tanah Stesen Bandar Malaysia Utara ke Chan Sow Lin, Cheras.

“Ia melibatkan jarak sepanjang 13.5 kilometer dan seterusnya bagi lokasi lain kita akan gunakan lagi TBM menjadikan jumlah keseluruhan adalah 12 TBM,” kata Najmuddin.

Menurutnya, ketika ini SSP hanya di peringkat 7.5 peratus sahaja di mana proses berkenaan adalah menepati jadual yang telah ditetapkan.

“Case study kita kini di peringkat akhir untuk jajaran ketiga ini di mana hasil kajian akan diberikan kepada MRT dan kita akan buat perbentangan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Mjalis Berbuka Puasa bersama Media di Hotel Hilton Kuala Lumpur malam tadi.

Di dalam ucapannya pada majlis berkenaan, beliau menzahirkan rasa ribuan terima kasih kepada semua media yang terlibat memberikan liputan yang baik sepanjang projek MRT dimulakan daripada laluan pertama sehingga siap kelak.

Beliau turut mengumumkan laluan jajaran Sungai Buloh Kajang (SBJ) dijangka siap sepenuhnya bulan hadapan dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

“Laluan pertama kita SBK akan dilancarkan sepenuhnya Julai nanti dan mereka yang tinggal di Lembah Klang akan boleh mula menggunakan MRT ini sehingga ke Kajang.

“Ramai yang tunggu laluan ini dibuka sepenuhnya,” katanya. – MalaysiaGazette