Home Sukan Mkhitaryan terima anugerah tertinggi di Armenia

Mkhitaryan terima anugerah tertinggi di Armenia

Henrikh Mkhitaryan diberi penghormatan tertinggi di tanah kelahiran, Armenia sendiri apabila dianugerahkan pingat ' First Class Medal' anugerah tertinggi negara itu pada Ahad atas sumbangan dalam sukan.Daily Mail

ENGLAND – Henrikh Mkhitaryan telah diraikan di tanah kelahirannya sendiri di Amernia terhadap sumbangannya dalam karier bola sepak bersama kelab Manchester United dan pasukan negaranya.

Kerajaan Armenia menganugerahkan pingat kehormat tertinggi negara itu kepada anak jati tanahair, Mkhitaryan dengan pingat tertinggi perkhidmatan kepada tanahair kepadanya semalam.

Ia juga disifatkan sebagai satu penghormatan tertiggi terhadap seorang pemain Manchester United, kelab terbesar dunia.

Pemain antarabangsa Armenia berusia 28 tahun itu kebiasaanya diraikan dengan anugerah pemain terbaik selama tujuh tahun berturut-turut di tanah kelahiranya selama ini.

Pingat itu kebiasaannya dianugerahkan untuk anggota dan pegawai tentera Armenia yang berkhidmat cemerlang untuk negara sahaja.

Tetapi Mkhitaryan dianugerahkan gelaran itu dan diberikan pingat kebesaran itu oleh Presiden Armenia, Serzh Sargsyan dalam satu istiadat kebesaran Ahad lepas.

Bekas pemain Borussia Dortmund itu berkongsi pingat kebesaran negara yang disanjung tinggi itu dalam media sosial lewat petang semalam.

“Saya sangat berbesar hati menerima 1st degree medal kerana berkhidmat untuk tanahair daripada Presiden Armedia,”, tulis Mkhitaryan dalam instagramnya.

Mkhitaryan menjaringkan 11 gol dalam semua penampilan bersama the Red Devils musim lalu.

Dia menghadiri majlis penyampaian anugerah untuk Aurora Prize yang bertujuan mengiktiraf insan yang menyumbang kepada kemanusiaan di serata dunia. – MalaysiaGazette