Home Dunia 3 warga Malaysia terbunuh di Marawi

3 warga Malaysia terbunuh di Marawi

Eduardo Ano

MARAWI – Tiga rakyat Malaysia bersama seorang warga Indonesia dan Arab terbunuh di Marawi sejak pertempuran berlaku di sini sejak minggu lalu.

Panglima Angkatan Tentera Filipina, Jeneral Eduardo Ano memberitahu AFP, tentera telah mara daripada kepungan yang dilakukan selama seminggu.

Beliau berkata, militan utama Filipina dipercayai telah terbunuh dan ketua yang melakukan serangan pula dilaporkan cedera dalam pertempuran.

Menurut Ano, kumpulan pelampau merancang untuk melakukan serangan di Marawi dan membunuh seberapa ramai penganut Kristian di bandar Iligan pada bulan Ramadan, meniru keganasan di Syria dan Iraq. – MalaysiaGazette