Home Akhbar Cina ‎Pil gugur anak RM50

‎Pil gugur anak RM50

KUALA LUMPUR – Pil menggugurkan anak dapat diperoleh dengan harga serendah RM50 di Internet.
China Press melaporkan, pil yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan itu dikatakan berkesan ke atas wanita yang mempunyai kandungan di bawah empat bulan.
Pil itu juga mendapat sambutan dalam kalangan wanita muda termasuk gadis bawah umur yang mengandung.
Penjual juga menggunakan ‘kesaksian’ pelanggan yang berjaya menggugurkan anak untuk menarik perhatian pengguna mengenai pil itu.
Kementerian Kesihatan sedang menjejak dan menyiasat asal usul ubat itu selepas menerima laporan mengenai.
Tindakan itu diambil selepas Kementerian Kesihatan menerima laporan bahawa seorang gadis berumur 21 tahun yang belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Puchong, Selangor mengambil pil itu apabila mengandung selepas melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pil gugur kandungan,berkesan 4 bulan kebawah,nk cod byhand pn blh,klu takut ditipu,x nk pos,blh byhand blh tgk depan2,ubat original,hubungi
    0143230603

Comments are closed.