Home Ekonomi Brent, WTI jatuh sedikit

Brent, WTI jatuh sedikit

NEW YORK – Harga minyak jatuh kira-kira 1 peratus selepas terdapat tanda-tanda peningkatan dalam pengeluaran minyak mentah di Libya.

Selain itu, perubahan harga itu turut didorong oleh kebimbangan pengurangan bekalan minyak oleh OPEC mungkin tidak cukup untuk mengatasi lebihan global yang memberi tekanan harga hampir tiga tahun.

Brent mentah mengakhiri sesi dagangan dengan menyusut AS$0.45, atau 0.9 peratus, lebih rendah pada AS$51.84 setong, manakala West Texas Intermediate jatuh 0.3 peratus kepada AS$49.66.

Pengeluaran minyak Libya adalah 784,000 setong sehari disebabkan isu teknikal di medan minyak Sharara tetapi dijangka meningkat kepada 800,000 tong sehari, kata peneraju National Oil Corporation.

OPEC dan pengeluar minyak lain telah bersetuju untuk melanjutkan pengurangan bekalan minyak kira-kira 1.8 juta setong bagi tempoh sembilan bulan lagi.

Meskipun begitu, keputusan OPEC belum berjaya mengurangkan inventori minyak mentah secara signifikan.- MalaysiaGazette