WASHINGTON – Pengarah Komunikasi White House meletak jawatan selepas tiga bulan dilantik oleh Presiden Donald Trump.
Mike Dubke, seorang ahli strategi berpengalaman Republikan mula bertugas pada Mac lalu untuk merombak strategi media White House.
Berikutan itu, Setiausaha Akhbar White House, Sean Spicer akan menggantikan tempatnya.
Taklimat media mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.
Rombakan itu dibuat selepas laporan kucar-kacir dalam pasukan komunikasi White House.
Dubke melepaskan jawatan pada 18 Mei lalu dengan cara yang baik, menurut Axios News, sebuah laman sesawang politik.
Ketua Kakitangan White House, Reince Priebus berkata, Dubke bersetuju untuk meneruskan kerjanya sehingga Trump pulang dari lawatannya ke Timur Tengah dan Eropah pada Sabtu lalu.
“Dubke meletakkan jawatan sebelum presiden mengadakan lawatan antarabangsa. Dubke akan membantu peralihan dan akan menyokong presiden dan polisi-polisi presiden,” katannya. – MalaysiaGazette