Home Politik Dakwaan pembangkang blueprint India gagal keterlaluan

Dakwaan pembangkang blueprint India gagal keterlaluan

Datuk A.Chandrakumanan

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Aduan Rakyat (PAR), Datuk A. Chandrakumanan menyifatkan tindakan sekumpulan pemimpin pembangkang yang membuat rumusan Pelan Induk Pembangunan Komuniti India atau blueprint India gagal adalah keterlaluan.

Bekas pemimpin politik itu membidas sikap pembangkang yang memalukan kerana membuat keputusan segera tetapi gagal memberi penjelasan.

“Adalah senang untuk mengkritik atau menolak apa jua yang dicadangkan, tetapi paling sukar adalah memberi penyelesaian terbaik tapi dengan hasil laporan kritikan pelan induk sekadar dua muka surat oleh pembangkang ini agak lucu.

“Adalah tidak berasas untuk mengatakan bahawa kita memerlukan RM1 bilon untuk pinjaman mudah tanpa memahami keperluan dan permohonanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Chandrakumanan, menerusi Sekretariat Khas Memperkasa Usahawan India (SEED), kerajan memberi pinjaman kepada 29,000 usahawan India yang terbukti berjaya dalam masa empat tahun ini.

“Pemimpin-pemimpin pembangkang  tidak mempunyai sebarang pelan yang kukuh untuk diberikan kepada masyarajat India dan B40. Jadi mereka segera menuding jari dan merendahkan dan menyifatkan kandungan’Blueprint’ bertempoh 10 tahun itu menipu komuniti India,” ujarnya.

Dakwanya, pembangkang sebenarnya gagal memahami pelan induk itu bukan mengenai perancangan hari ini tetapi ia merupakan pelan jangka panjang bertempoh 10 tahun mengenalpasti masalah India merangkumi pelbagai sektor.

“Kenyataan tiga pemimpin pakatan itu, adalah tidak masuk akal kerana mereka mendakwa untuk menangani ketidaksaksamaan pendapatan, PH mendesak untuk menaikkan gaji untuk B40 merentasi kaum.

“Dia lupa bahawa itulah yang sedang diusahakan kerajaan BN ketika ini,” jelasnya lagi.

Dalam perkara berkaitan, beliau memberitahu pembangkang sejak tahun 2012 sehingga kini tidak pernah membuktikan kewujudan 300,000 orang India yang tidak mempunyai kerakyatan di negara ini seperti yang selalu mereka dakwa.

“Sudah tiba masanya untuk rakyat lebih berhati-hati dengan omong-omong kosong pembangkang dan bersifat lebih tegas dengan pakatan harapan yang mengkaburi mata rakyat.

“Para pemimpin pembangkang hanya pandai membuat kenyataan retorik semasa Pilihan Raya Umum, setiap bulan berlalu tetapi rakyat belum dapat melihat sebarang dasar kukuh daripada Pakatan,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette