PASIR PUTEH – Seorang pegawai polis berusia 29 tahun ditemukan maut di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, di sini dengan kesan tembakan di kepala pagi ini.
Mayat Inspektor Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersial (JSJK) ditemukan pada pukul 9.40 pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, arwah tidak menghadiri mesyuarat di IPD pagi ini bagaimanapun dia ditemukan mati dalam keadaan terduduk di atas kerusinya.
“Buat masa ini kes ini diklafikasikan sebagai kematian mengejut namun siasatan terperinci sedang dijalankan.
“Arwah yang berasal dari Johor masih bujang dan bertugas di IPD Pasir Puteh sejak 8 Mei 2016 sebagai pegawai penyiasat jabatan jenayah komersil,” katanya. – MalaysiaGazette