Home Utama Tragedi van maahad tahfiz: Jumlah korban meningkat enam orang

Tragedi van maahad tahfiz: Jumlah korban meningkat enam orang

Dua belas pelajar maahad tahfiz berkenaan yang dalam perjalanan untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu di sini, berdepan saat mengerikan apabila van yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah rumah di Km55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai.

KUALA KRAI – Jumlah korban tragedi van maahad tahfiz merempuh rumah di Kampung Telekong di sini meningkat kepada enam orang apabila seorang lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Krai sebentar tadi.

Difahamkan pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Al-Hashimi atau CT-ONE Islamic Center (CIC), Kampung Tualang itu meninggal dunia kira-kira 30 minit mendapatkan rawatan di hospital tersebut selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit.

Ketika kejadian,van tersebut dinaiki 14 pelajar yang berusia 15 sehingga 18 tahun dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu sebelum terbabas di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila van tersebut terbabas dan telah merempuh sebuah rumah kayu yang terletak di tepi jalan.

“Punca dan siasatan lanjut mengenai kejadian ini masih dijalankan,” katanya.

Lapan lagi mangsa kemalangan tersebut masih dirawat di Hospital Kuala Krai dan Hospital Machang.  – MalaysiaGazette