Home Dunia Air Arabia gantung penerbangan antara Sharjah dan Doha

Air Arabia gantung penerbangan antara Sharjah dan Doha

Beberapa syarikat penerbangan termasuk Air Arabia mengambil tindakan mengangguhkan penerbangan keluar masuk Qatar.

DUBAI – Air Arabia telah menggantung penerbangan antara Sharjah dan Doha mulai Selasa sehingga diberitahu kelak.

Penerbangan terakhir keluar dari Sharjah ke Doha akan berlepas pada 18:30 waktu tempatan pada hari Isnin, manakala penerbangan masuk terakhir dari Doha ke Sharjah akan berlepas pada hari Isnin pada 19:25 waktu tempatan.

Penumpang yang memegang tempahan sedia ada bagi penerbangan Air Arabia penerbangan ke Doha selepas 5 Jun akan diberi pilihan untuk bayaran balik sepenuhnya atau menukar ke destinasi lain, katanya.

Langkah itu dibuat selepas Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan hubungan mereka dengan Qatar selepas mendakwa negara itu menyokong keganasan dan membuka keretakan yang paling teruk di dunia Arab. – MalaysiaGazette