Home Sukan De Gea pergi, Morata datang – Mourinho

De Gea pergi, Morata datang – Mourinho

MANCHESTER – Jose Mourinho dilaporkan sanggup melepaskan David de Gea ke Real Madrid pada bayaran serendah £25 juta tetapi dengan tambahan pertukaran Alvaro Morata.

Menurut pakar bola sepak Sky Sports dari Sepanyol, Guillem Balague, Manchester United jelas berminat untuk mendapatkan penyerang berusia 24 tahun itu yang mahu meninggalkan Bernabeu pada musim panas ini.

Morata kini turut dipantau oleh juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Arsenal.

Balague menerusi Twitter berkata, Morata memberitahu malam tadi impiannya adalah untuk tinggal di Madrid namun dia perlu mencari jalan keluar.

“Mourinho sanggup menjual De Gea untuk bayaran perpindahan €25 juta dan Morata.

“Chelsea pula sedang memilih antara Lukaku dan Morata apabila pemain itu pasti akan  suka untuk bermain dalam Liga Perdana,” katanya. – MalaysiaGazette