Home Sukan Ramai adik-beradik kena tanggung – Evra

Ramai adik-beradik kena tanggung – Evra

MANCHESTER – Bekas pemain Manchester United, Patrice Evra mendedahkan mengapa dia masih bermain pada tahap kompetetif di usianya 36 tahun.

Menurut Evra yang kini menyertai kelab Marseille itu, dia masih mempunyai 24 orang adik beradik yang perlu ditanggung.

Evra menghabiskan masa selama lapan tahun di Manchester United bermula 2006 hingga 2014.

Pemain skuad kebangsaan Perancis itu berada di Old Trafford semalam  bagi perlawanan testimonial Michael Carrick.

Dia juga bertemu semula rakan-rakan lama yang digelar sebagai ‘Manchester United 2008 XI’ yang turut menyaksikan Carrick berkhidmat selama 11 tahun dengan kelab itu.

Carrick baru-baru ini menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Old Trafford selama setahun lagi tetapi Evra berharap rakannya itu bermain lebih lama lagi.

“Saya harap dia akan bermain untuk banyak tahun lagi, terus bermain seperti saya.”

“Saya masih bermain kerana masih mempunyai 24 beradik yang perlu ditanggung jadi saya tidak boleh berhenti,” katanya kepada ITV. – MalaysiaGazette