Home Sukan Ronaldo muncul dengan imej baharu

Ronaldo muncul dengan imej baharu

Foto Instagram Cristiano Ronaldo

MADRID – Bintang dunia yang terkenal dengan imej metroseksual, Cristiano Ronaldo muncul dengan gaya rambut baharu selepas sehari membantu Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Bekas pemain Manchester United itu berkongsi imej baharunya itu di laman Instagram.

“Anda sukakannya?,” tanya Ronaldo kepada kira-kira 103 juta pengikutnya.

Ronaldo muncul wira Real selepas menjaringkan dua gol ketika pasukan itu menundukkan Juventus 4-1 pada aksi final di Cardiff.

Malah Ronaldo yang menyertai ahli keluarganya di atas padang sejurus tamat perlawanan itu berkata menjaringkan dua gol menjadikan dia kelihatan seperti ‘budak muda’.

“Ia satu lagi musim yang hebat. Saya melalui musim yang menakjubkan memenangi trofi La Liga dan Liga Juara-Juara,” katanya.

Menerusi tinjauan di laman Instagram Ronaldo, gambar terbaharu itu mendapat kira-kira lebih 4 juta likes selepas dimuatnaik kira-kira 20 jam lalu. – MalaysiaGazette