Home Dunia Serangan London: IS mengaku

Serangan London: IS mengaku

London Bridge ditutup selepas sebuah van merempuh laluan pejalan kaki. foto Agensi

KAHERAH – Islamic State (IS) mengaku bertanggung awab terhadap serangan pada malam Sabtu di London yang telah mengorbankan tujuh mangsa dan mencederakan puluhan yang lain, demikian menurut agensi kumpulan militan tersebut, Amaq.

“Pejuang IS telah melakukan serangan London, semalam (Sabtu),” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman media Amaq.

Tiga penyerang dengan menaiki sebuah van telah merempuh pejalan kaki di London Bridge serta menikam beberapa yang lain pada malam kejadian sebelum pihak polis menembak mati kesemua mereka.

Ini merupakan serangan militan ketiga di Britain dalam tempoh kurang tiga bulan.

IS yang kehilangan wilayah di Syria dan Iraq hasil tentangan kuat yang disokong oleh pakatan diketuai Amerika Syarikat telah menghantar pesanan menerusi perkhidmatan pesanan Telegram awal pagi Sabtu meminta pengikut-pengikutnya melakukan serangan dengan menggunakan trak, pisau dan senapang terhadap “penganut agama salib” semasa bulan mulia Ramadhan. – MalaysiaGazette